Sunday, December 25, 2011

Jalan-jalan cari penat

Alhamdulillah,
akhirnya sampai juga ke rumahku syurgaku di Perak ni.
Finally, after two tiring days, dapat juga berehat di rumah yang penuh dengan keheningan dan kedamaian. cewahh.

Btw,
bercerita tentang those two tiring days,
buat apa sampai penat macam tu sekali?

Firstly,
penat sebab kena travel sorang2 ke KL just after sampai di Shah Alam..dari Melaka. Sebabnya? Tiket bas nak balik kg sold out. sobss.
hui..
rasa nak tergolek la jugak. For the first time kena travel sorang2 naik LRT sampai ke Taman Cempaka, honestly saya sgt takut ok. Nasib baik sampai jugak ke rumah makcik saya yang sgt pemurah tu. huhu. (sampai2 terus melahap nasi tomato ayam masak merah. Tenkiuuu maknjang!)

Secondly,
keesokan hari nya, pusing Petaling Street cari The Basket Shop then pusing lagi Masjed Jamek survey bunga telur, barang2 hantaran dan material deco bilik. Nasib baik jugak boleh stay kat rumah makcik sehari, memang guna kesempatan yang ada buat tour KL tu dengan cousin dan bakal maid of honour saya. Kebetulan both of them pun nak keluar cari barang, jadi terus saya ajak diorang bawa saya jalan2 survey barang. hehe

Jadi,
yang paling penat sebenarnya adalah disebabkan berjalan2 pusing KL dari tengahari hingga ke malam tu. Kami ke kedai The Basket Shop dulu mula2. Itu je matlamat nak keluar sebenarnya. Jadi kami naik LRT turun di Plaza Rakyat. Malas nak drive sebab nanti kena cari parking. So, dari Plaza Rakyat tu, memang melilau la kami pusing2 cari kedai basket ni. Sampai macam dah penat pusing, akhirnya jumpa jugak UO yang jadi landmark dan haruslah jumpa The Basket Shop tu sendiri. ngehngeh. Gembira tak terkata ok bila jumpa kedai ni. Tapi bila masuk baru teringat pitih tak ada pun, jadi boleh beli sikit je dulu buat sample nak bawa balik kampung. Kalau parents proceed baru datang balik beli banyak2. Oh ye, sekarang Basket Shop ni tengah buat sales if uols beli 50pcs above dapat diskaun 10%. ;)

* Bagi saya, turun dekat Pasar Seni lagi dekat nak sampai ke basket Shop tu. Turun Pasar Seni je ambil kanan if i'm not mistaken, cross jalan sikit, nampak UO then belok kanan. Then kedai tu sebelah kiri kita.

Jadi ni lah sedikit hasil yang sempat dirembat dari The Basket Shop tu,

16" paper lantern with flowery hole
14" light pink paper lantern
12" fuchsia paper lantern
10" white paper lantern

+ box rotan cik maid of honour

*gambar diambil di Masjed Jamek. Gambar kat kedai basket m.o.h. x bagi lagi.huhu

so, inilah warna-warna yang akan dibeli lagi kemudian nanti. Even cousin advised ambil warna peach satu, saya taknak. Saya nak pink banyak2 jugak. Tak kisah lah kan, janji keharmonian warna itu ada. heehee

Then,
saya ajak kesayangan dua orang tu survey kain lace untuk baju resepsi. Masuk Euro Moda, jumpa yang berkenan di hati dan lagi murah dari harga di Melaka. Tapi tulah, sayangnya hari itu adalah hari untuk survey sahaja..dan kerana kebetulan ada di KL. So tak boleh beli on the spot T_T . Okay, marked.

Lace passed.
Saya ajak kesayangans ke Semua House pulak. Saja nak tgk2 sebab orang kata banyak barang kahwin murah2 kat sini. Masuk2 je rasa macam dah pernah masuk sebelum ni.. dengan member UITM masa study dulu. haha. Memang la tak pandang lagi kedai2 jual barang kahwin masa tu. huhu.. Masuk Yin Riben, jumpa lah bunga telur yang nak disurvey. Not bad jugak, sebab dapat small pink rose punya bunga dengan harga RM0.60/piece. Lepas tu tak larat nak jalan dah.

Bunga telur passed. Pastu baru teringat nak cari Butik Bak. Tempah baju nikah kat Melaka, tapi main boutique dia kt KL. Ingat nak discuss buat dress resepsi. Yang sadisnya cari2 tak jumpa..huhu..tak pelah, passed lagi.

On the way nak keluar Semua House tu, cik cousin dah jumpa kasut yang dia nak beli pulak. (dah jumpa ke or baru terjumpa?hehee). Dan tiba-tiba ternampak benda yang memang dalam list saya nk cari, tafsir Al-Quran yang cantik siap dengan box lagi. Tapi tak teringat nak snap satu dua gambar sebab quite penat masa tu. hu. So if any of you yang nak cari tafsir/Al-Quran yang cover dia mcm ada glitter2 sikit, try tgk kat Semua House ni ya. Or if you guys ada tahu kat tempat lain yang jual tafsir jenis macam tu, share2 lah ye. Sebab masa tu pun stok quite limited.

Ok, finally keluar jugak dari Semua House tu.
Then cousin belanja mamam KFC (tqvm tika! ^^). Lepas tu, singgah kedai Syarikat Bunga Reben Sdn. Bhd., sebelah kedai kasut princess. Kenapa saya masuk sini? hehe.. Nak cari kain felt untuk buat deco bilik nanti. Dan kebetulan jumpa sekali payung lace yang pernah saya sebutkan di entri ini. Harga pun lebih kurang macam order online. Kain felt pun murah kat situ, semeter dapat rm7.80 sahaja okay. Siap ada jual alphabet sekali, button ,clips dan lain2 lah. Nak pergi tengok sendiri ye. he

Jadi,
habis cerita dua hari yang memenatkan itu.
Sekarang saya nak berehat sepuas-puasnya.
Dan nak teruskan usaha pujuk parents teman cari barang-barang kahwin. tak aci tengok orang lain shopping barang kahwin mostly ada family teman. Saya cari barang sorang-sorang je, encik tunang pun kadang2 je free. sobss (Touching la pulak tiba2 uhuu) *tapi kadang2 best sebab boleh belek lama2.kekeke

Okay lovelies,
kepenatan sudah sampai ke tahap maksimum. Hari ni kembali kepada niat asal saya blogging, sebab nak bagi senang tido bila dah penat sangat. huhu

Kalau ada yang nak share2 dan exchange tempat2 yang best untuk shopping barang kahwin ni, silakan ya.

Till the next entry,

Good Night.

Assalamualaikum.


* saya rindu encik tunang saya (-,-)

3 comments:

  1. waniz..yang jual tafsir tu kat tepi escalator semua house kan?kak myn dah usha banyak kali dah tapi tak beli2 lagi..hehe..mmg cantik n berbaloi beli..siap dpt tasbih n sejadah

    ReplyDelete
  2. Kak myn: yup2, yang tulaa wanis tgk. cantik sgt kan. Tapi dia kata stok limited, tu nak kena beli cepat2 tu kalau nak. huhu

    ReplyDelete
  3. menariknyer lantern tuh...=) singgah bw dear..cari ilham wedding prep..jom exchange link dear...folo u..

    http://lildrwalimah.blogspot.com/

    ReplyDelete