Yeay alhamdulillah,
hari ni managed to shop beberapa lagi barang keperluan baby. Berjaya jugak cari masa time orang tengah sibuk bekerja jam 10.30 pagi tadi untuk shopping barang2 baby kat tempat feveret, semestinya Aeon/Jusco. hehe. Suka shopping dekat Jusco sebab senang nak cari barang, semua ada, tak besar sangat (sekarang tak larat nak jalan jauh2), plus dapat point kott, n bila point sampai 2500pts boleh redeem baucar RM20. Ok la tu kan?
So hari ni dah dapat lengkapkan MamyPoko Newborn, Pureen HAD, Pureen baby wipes, diapers bag, travel set tilam baby, tambah2 sikit mitten & booties, baby towel & face towel, blanket dan beli beberapa set baju net (nenek & makcunye yang pilihkan hehe).
Kebanyakan daripada keperluan di atas M2B semua sure tahu kenapa perlu beli kan. Tapi Anis nak share sedikit info tentang beberapa item pembelian pada hari ini.
Pureen Baby Wipes
Kenapa beli yang ini? Anis concern tentang Paraben. Paraben according to my readings adalah bahan kimia yang banyak digunakan sebagai preservatives untuk memanjangkan tempoh hayat sesuatu produk. Bahayanya Paraben ni kerana ia boleh menyerupai hormon estrogen wanita, yang mana boleh menyebabkan breast cancer. Paraben ni boleh meresap melalui kulit. But forgive me I'm not a medical student, jadi jika nak tahu lebih lanjut kena tanya doktor atau orang yang sepatutnya ya. Walaupun tak tahu macam mana kaitannya secara detail Paraben dengan baby, bila dah diwar2kan dengan bahaya Paraben ni, kalau boleh tak nak ambil risiko untuk anak yang dikandung ni. Maka dengan itulah, baby wipes Pureen ini menjadi pilihan sebab dah tulis terang2 kat packaging tu Paraben free. (Kalau ada Paraben tersembunyi jugak siap kau Pureen.huhu)
Pureen H-A-D
Ok this one saye tak pasti ada any type of Paraben or not. Try google tapi tak berapa clear resultnya. Or maybe saye tak pandai cari?huh.. Btw niat asal memang nak beli Pureen A-B-D (Anti Bacterial Detergent), tapi bila baca2 balik info BabyCenter advise better beli yg HAD (without mentioning Pureen brand), Anis decided beli H-A-D (Hypo Allergenic Detergent) sebab first time nak pakaikan baju kat baby nanti tak tahu skin reaction baby macam mana. A-B-D memang ramai review best sebab wangi, tapi I'm just worried baby skin tak serasi dengan detergent yang ada softener. So kena tengok condition baby skin dulu macam mana. Kalau bukan kategori sensitive skin, baru tukar ke Pureen A-B-D.
MamyPoko
Yang ini kalau ikutkan tak ada justifikasi jelas kenapa nak beli brand ni. Tapi macam biasalah, Google sangat memainkan salah satu peranan penting dalam menentukan keputusan pembelian. Banyak review bagus, tak bocor (or maybe depends on baby), dan banyak lagi lah. Jadi MamyPoko telah menjadi pilihan utama saye untuk cubaan pertama memberi baby tercinta memakai disposable diapers. Tahniah MamyPoko. Kau tak best aku tukar. heh.
Yang lain-lain Anis rasa tak perlu cerita lah kot. Semua dah sedia maklum beli bag, baju, dan lain2 tu untuk apa. hehe (ni bukan entri pemalas, tapi entri rasa tak perlu lah nak tulis semua :p)
Ok, lepas ni nak sambung cari baby stuff yang bebas dari Paraben. Toilettries Buds Organics. Lupakan seketika Burt's Bees disebabkan harga premiumnya (tapi rasanya majoriti produk semulajadi ni memang guna harga premium kot). Since masa survey2 hari tu harga premium Buds Organics adalah lebih munasabah dari Burt's Bees, mungkin Anis akan beli toilettries Buds Organics instead of Burt's Bees (Burt's Bees boleh beli lip balm je untuk mommynye :p).
Rasanya sampai sini dulu review untuk hari ini. Esok nak start dobi baju baby (bestnya bestnyaaa ^^). Nanti Anis review bau Pureen H-A-D tu cemana okey.
Akhir kata carilah produk yang bebas Paraben. Sayangi diri anda dan insan tersayang.
Jumpa lagi =)
PUREEN Baby Wipes are created with soft, thick and moisturised cotton material … read complete at:
ReplyDeletehttp://kidbuxblog.com/the-pureen-baby-wipes/