Tuesday, November 27, 2012

My Very Wonderful Journey Begins

Alhamdulillah,

selepas beberapa ketika menempuh alam berumahtangga pada tahun ini, Allah S.W.T. telah mengurniakan kami husband & wife anugerah yang sungguh berharga untuk dijaga..I am 8 weeks pregnant right now, syukur :)

Back to the early pregnancy days, I didn't expect masa tu dah pregnant. Siap buat kerja berat lagi hohoi~ angkat tanah and polybeg semua. After habis buat kerja berat je tiba2 rasa perut cramp for a minute, then dah ok. After period delayed for 3 days, buat upt test and alhamdulillah dapat positive result.


It was a faint line early in the morning. Tengahari keesokan hari nya buat pregnancy confirmation di klinik private dan alhamdulillah double line keluar jugak walaupun tenghari buta tu. Lepas tu memang teruja ok. Keluar je klinik call Mama and MIL bagitahu good news tu. Masa tu rasa macam nak bagitahu satu dunia lah yg kita ni dah preggy. Tapi nasib baik I sedar diri ni bukan retis sangat ye. Jadi hanya share keterujaan tu di facebook sahaja. Tak sangka pulak status dapat like sampai 100 likes. Bajet sungguh. hehe  :p

Beberapa hari lepas confirm dengan klinik tersebut, I went to Poliklinik Ayer Keroh untuk buat buku pink. Ada kawan2 advise kata no need buat awal2. But fyi, nurse kat kk tu kata it's good that you came early untuk buat buku pink. Memang sangat digalakkan ok. Masa first appointment ni diorang akan ambil sample urine, blood (3 small bottles), berat badan, tekanan darah dll. Jadi kepada sesiapa yang dah confirm preggy, sila lah pergi buat buku pink ye. Jangan delay2. Lagi pun kalau buat awal kita akan dapat early advise yang sangat bagus untuk pregnancy dari segi pemakanan dll. So boleh take note untuk rancang jadual pemakanan dll yang perlu untuk pertumbuhan baby dalam perut kita yg comel tu nanti ye.

So,

sehingga lah hari ini, baru dapat buat first baby scan di kk Ayer Keroh tu sebab masa first appointment tu baru 4 weeks +. Nak scan pun tak nampak lagi katanya. Jadi hari ni dengan bersemangatnya pagi2 pergi ke kk tersebut. Macam biasa prosedur bermula dengan sample urine, ambil darah sikit kat hujung jari, timbang berat dan cek tekanan darah. Alhamdulillah semuanya ok except tang timbang berat tu. Berat boleh sama pulak dengan berat masa first apointment dulu. Nasib baik reason loya tu adalah reasonable untuk berat tak naik. huu.. Tapi yang bestnya HB cantik..13.8. Sebelum ni dengar kawan2 ckp je psl hb. Padehal masa nurse cakap pasal hb tu noob gila. Nasib baik tanya hb tu untuk apa. Rupa2 nya untuk tengok tahap kepekatan hemoglobin..Ate manela teman tau. huhu. Oh ye, fyi tahap hb yang baik untuk ibu mengandung bermula dengan 11 ke atas ye. Nurse tu la bagitau. Kalau salah gi salahkan dia, don't blame me. hehe

Jadi ni nak share gambar first scan hari ni,

kecomelan sungguh :')
Thank you Allah. It's the greatest thing yang saya pernah dapat dalam hidup saya :')

Masa scan ni baby dah 8 weeks to 9 weeks. Rasa macam cepat je masa berlalu. Untuk next scan appointment, bulan seterusnya adalah April 2013. 2013? Tahun depan tu doc..!I nak tengok baby banyak2 kali dalam perut ni. huhu.. Memang ke private la nanti nak scan. Boleh je kan? hehe

Ok, setakat ini sahaja perkembangan terbaru tentang mommy to be ini. Memandangkan susu anmum materna yang sedap pun dah habis diminum, sampai lah masa untuk tidurkan diri sendiri. hehe

Thanks for spending your time here. Segala kebaikan adalah untuk dikongsi bersama. Semoga bertemu lagi di kisah seterusnya, Assalamualaikum.

Salam ibu mengandung dari AnizPolkaDot :D

5 comments:

  1. congrate's aniz..sy bru 5weeks..so time yg sesuai g bt buku pink ble?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....best nyer...congrate n take care yerk......


    salam p'kenalan...
    -eila-
    http://laracintahatiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. congrats wanis..happy to hear that..

    ReplyDelete
  4. nora saniey: congrats to u too :) dah boleh sgt buat buku pink tu. the earlier the better.

    eila fazdli: thanks dear ..salam perkenalan juga ^^

    FY: Tq sis! =)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah!!tahniah dear ^_^ take ggod care of ur self & bby ya ^_^

    ReplyDelete