Wednesday, November 2, 2011

Pengalaman Kursus Kahwin

Jeng jeng jeng,
entri kali ni sgt excited ok nak share. hehe
Assalamualaikum readers, dengan ini I secara rasminya akan berkongsi cerita tentang

Kursus Pra Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam

bertempat di,

Dewan kuliah Masjid al-Azim, Melaka

(knp bajet mcm tulis kad kahwin ni?adeh)

Recently my fiance and I attended kursus pra perkahwinan seperti yang tertera di atas. he. Just nak share sedikit sebanyak lah tentang perjalanan kursus pada dua hari berturut-turut tu. Oh before that, yuran bagi kursus ni macam biasa lah ya (xtaula biasa tak bg tempat lain), RM80.

Jadi pada hari pertama tu, bukan main semangat lah kami datang awal ke masjid tu. Peserta-peserta yang lain pun bukan main semangat saya tengok, sampai rasa macam ada yang nak pergi bernikah dah.hehe. Kursus di Masjid al-Azim ni kebanyakan orang kata agak strict bermula dari kehadiran hingga ke pakaian. Tak percaya? Ok sila percaya sebab mmg sgt strict dan encik tunang dan I pun dah rasa macam budak tingkatan 1 nak masuk sekolah baru.huhu

Peraturan pemakaian:

Lelaki : seluar slack dan baju kemeja putih / baju melayu warna putih, serta bersongkok
Wanita: baju kurung (xkan jeans kan) dan tudung putih

p/s utk wanita, kalau you all tak nak rasa kena pedas punya perli, tak payah nak melilit sgt tudung putih tu nanti. Urusetia akan minta semua turunkan tudung ye. (kalau ikut pun, you all nak tunjuk kat siapa dok melawa sgt hari tu kan?Partner kan dah ada?okay,no offense ;D)

*pic di atas diambil slps kursus tamat. Jadi sila abaikan keserabaian tudung itu. hu

See? You pk la sendiri :p

Abaikan peraturan di atas. Now tentang modul-modul yang diajar. Kalau kat tempat lain I'm not quite sure berapa byk modul nya. Tapi di masjid negeri ni, we all diajar sebanyak 10 modul kursu kesemuanya. 10?amek kaw! Agak2 yang mana wajib tidur siang tu, bawa2 la tongkat untuk mata tu. ngehngeh. Even kesemua ustaz dan ustazahnya best, tapi mesti sesaat dua you all akan teringat tilam kat rumah tu. Tu bagi yang kebal lah. I?bukan sesaat dua ngantuk, tapi sesaat dua menguap ok. huhu

Jadi ni antara tajuk modul yang I masih ingat, sekadar berkongsi ya:

1- Agama
2- Akhlak
3- Pengurusan kewangan
4- Pengurusan stress
5-
6- Prosedur perkahwinan
7-
8-
9- Kesihatan
10-Pembubaran perkahwinan

er..nanti I fill in the blank ye. Sebab buku modul tu takde depan mata skrg. hee. Tapi sayangnya, masa modul prosedur perkahwinan tu, penyampaiannya agak tak sampai. Sebab I tanya kwn2 lain pun mcm tak berapa jelas sgt prosedur tu sedangkan itu yang penting kan. Nvm lah, nasib ada borang penilaian di akhir kursus tu. Yang lain-lain pun kena beri perhatian juga, sebab ada yang kita dah belajar waktu sekolah, tapi kita lupa. Jadi masa ni lah nak ingatkan balik benda yang kita belajar tu, lagi-lagi lepas ni nak pikul tanggungjawab yang lebih berat kan. Jangan lah tidur terbongkang pula di belakang tu, ngantuk tak apa, tahan sikit lah kan. Kalau dua hari tak boleh tahan cabaran, macam mana nak tahan cabaran kahwin nanti,rite? ;)

Yang paling best masa dua hari ni adalah waktu solat Zohor berjemaah. Ya Allah, lama dah tak solat berjemaah ramai2. Paling-paling pun masa solat tarawih je kan. Jadi nanti kalau you all berkursus kat sini, ambil peluang ni ok. Tak susah pun. Dapat pahala berkali ganda lagi adalah :)

Yang paling tak best? Sorry to say, makanan macam tak berapa berbaloi je. Kwn2 lain pn ckp mcm tu. Nvm jugak lah kan, sbb ada borang penilaian. So komen je lah.

Jadi itu lah sedikit sebanyak tentang perjalanan kursus kahwin di Masjid al-Azim ni. Sebelum terlupa, sijil kursus akan diberi terus setelah selesai kursus nanti (provided you all tak ada miss satu modul, kalau tak, you kena denda dan kena attend the missed module on the next session).

Best kan dpt sijil kursus kahwin on the spot? :)

(pk nak kawen da letteww) :p

Ok lah, setakat ni saja yang I dapat kongsi kan dengan you all. Good luck untuk you all yang baru nak register. Register cepat2 ya, kursus dkt masjid ni sgt cepat full.

Till the next entry,

segala yang baik itu datang dari Allah,
dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Assalamualaikum dan salam B2B ^^



3 comments:

  1. terbaik! Review yang ringkas dan padat!

    ReplyDelete
  2. yeay! da pergi kursus. bleh kawen da. heeee

    ReplyDelete
  3. cunslah:hee ^^
    cik tiqah: yeay jugak!tp kena tunggu kak tiqah lps dulu.hehe ;p

    ReplyDelete