Thursday, November 10, 2011

Warkah buat kekasih

Pada suatu hari,
sepasang suami isteri duduk bersama-sama.
Lalu si suami berkata:

suami: syg, apakata kita senaraikan 10 benda yang kita tidak suka dalam rumahtangga kita ni. Abg senaraikan apa yang abg tak berkenan tentang syg dan syg pun sama,ya?

isteri: baik abg (sambil tersenyum)

.....

beberapa minit berlalu, dan tibalah saat mereka bertukar senarai masing-masing dan membacanya..

si isteri membacakan satu persatu senarai tentang dirinya yang tidak disukai oleh si suami:

1- bla bla
2- bla bla
3- bla bla
4- bla bla
5- bla bla
6- bla bla
7- bla bla
8- bla bla
9- bla bla
10- bla bla

p/s: kalau boleh lps ni jgnlah bla bla bla..

(siap ada pesanan sekali sebab x cukup ruang)

lalu tiba giliran si suami untuk membaca senarai yang ditulis oleh si isteri terhadapnya..

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-
8-
9-
10-

Tiada.


Tiada. Ya,tiada. Lalu si isteri mendekati suaminya dan berkata dengan air mata yang bergenang di mata,

"saya minta maaf jika selama kita bersama saya telah membuat abang tidak menyukai saya..Tetapi bagi saya, walaupun banyak yang telah saya harungi dan hadapi selama kita bersama, saya terima abang seadanya kerana Allah. Jadi saya tidak akan merungut tentang pilihan yang telah saya buat kerana Allah, dan saya terima segala kekurangan abang sebagai kekuatan diri saya. "

Si suami terkedu dan tidak tahu hendak berkata apa-apa kepada isterinya..


Tamat cerita.


Kepada sang kekasih / suami, hargailah pengorbanan isteri / pasangan hidup anda selama mana anda bersamanya..

jika anda tidak bahagia bersamanya, ingatlah siapa yang menemukan anda dengannya. Allah lebih mengetahui segala yang terjadi..

Tetapi jika anda tidak boleh membuat dia bahagia, lepaskan lah dia pergi..

Cinta sejati akan kembali jika jodoh anda dan dia sudah termaktub di luh mahfuz.

:)

2 comments: