Tuesday, August 9, 2011

Cinta

Cinta,
tak mengenal siapa.Betul. Kalau tak macam mana org yg tak kenal boleh jatuh cinta. Tapi, setelah cinta itu mengenali sesama sendiri di antara mereka, kenapa mesti ada yang terluka? Sedangkan cinta itu sendiri adalah sesuatu yang indah..penuh dengan kebahagiaan..dan kegembiraan.

Tak semestinya bila dah bercinta semuanya indah :)

Itulah realitinya. Namun, jangan sesekali disesali dengan cinta yang telah dipilih. Kerana cinta itulah yang pernah membuat kita bahagia, yang mewarnai hidup kita dan membuatkan kita rasa sempurna..Jika kita sesat dan hilang dalam perjalanan cinta, berdoalah padaNya supaya ditetapkan hati, dikuatkan iman.. Kerana kita tidak akan pernah tahu sesuatu yang terbaik untuk kita..sehinggalah kita memilikinya..Dan kita tidak akan pernah tahu sesuatu takdir yang tersirat yang telah ditetapkan untuk kita..sehingga kita kehilangannya.

Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah.

Belajar menerima kekurangan dan kelebihan cintamu, dengan izinNya, cinta itu akan berkekalan sehingga ke penghujung masa..

Salam cinta dari hati yang mengharap keredhaanNya..kepada hati yang menerima dari petunjuk yang Maha Esa.



No comments:

Post a Comment