Showing posts with label wedding preps. Show all posts
Showing posts with label wedding preps. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Latest update : Spice jar sticker

Koranggg,
rindunya nak blogging balik. hari tu dok gatal private kan sebab malas update, nanti tak syok orang masuk bersawang je blog ni. hehe. Jadi hari ni anis nak update sedikit perkembangan terbaru, semalam baru selesai buat konsep (dan print guna printer abah) spice jar sticker.



bila dah print dan tampal jadi cenggini

*pardon me for the blurry image. guna bb & photoscape je. DSLR nunn jauh di Melaka sana. huhu

Design ni anis buat untuk letak dekat Kertas Cantik sekali sebenarnya. Dok design-design teringat yang sendiri punya belum buat, so terus buat satu untuk diri sendiri.

Dah siap print, anis gunting sendiri jer guna gunting biasa. Kalau malas boleh beli puncher bulat n punch. Gambar kat atas ni anis tampal dekat penutup jar kan, tapi bila dah godek-godek balik, last-last x jadi tampal dekat situ. Lekat dekat tepi jar tu je instead. Sebab rasa lagi comel. hehe.

Isi dalam die? ehh rahsia laa, mane leh spoil kat sini :D

Update seterusnya,

kad kahwin dah siap.

cumel tak?hehe

Design kad kawin ni direka khas oleh incik tunang kesayangan, merangkap designer & MD Pixie Studio. hehe. (sayang awk byk2 sbb design comel cmni ^^). Kalau uols minat design macam ni, boleh mintak quotation kt anis (nampak beno iklan nye :p)

Ok, sampai sini dulu latest update ni ye. Yang lain-lain semua tak start lagi. Nak tunggu dah nak dekat2 nanti baru buat. Baru rasa meriah sebab kelam-kabut (padehal mmg jenis orang last minute).

Jumpa lagi next entry ye.

Byebye.

Thursday, December 29, 2011

Cubaan membuat table tag

Hi semua,
apa khabar uols hari ni?
memandangkan hari ni saya demam,
jadi masa saya yang terluang dengan berehat hari ni saya guna kan untuk membuat entri singkat ini..

cubaan membuat table tag,

sendiri :D

Jadi kat sini saya uploadkan beberapa gambar cubaan tersebut:

* saje fokuskan warna pd bunga sahaja (nomei tak? ^^)

So,
bercerita tentang table tag ni, asalnya saya nak buat untuk meja makan beradab sahaja since at first saya diberitahu meja guests adalah meja panjang. Rumah saya halaman kecik je, jadi memula memang at first parents discussed macam tu. Then tiba2 parents kata guna meja bulat. So, tiba2 rasa macam nak buat untuk semua. haha..tamak. Tapi abah kata karang dapat kat budak-budak abes tergolek.. Ganas sgtkah budak-budak zaman sekarang ni ye? tehee

Jadi sebab belum buat final decision lagi,
maka saya just cuba-cuba buat template & testing dulu.

Saya adjust balik template bracket tu di Photoshop, then duplicate layer jadi 6 layers. Maka terhasil lah 6 bracket kat satu kertas A4 tu. Saya memang plan nak buat tag yang bertulis ' Selamat Menjamu Selera', sebab nak bagi tetamu-tetamu makan dengan lagi berselera. kekeke. Dah siap print, adik la yang jadi tukang guntingnya, sebab kakak dia sibuk dok buat carnation tissue flowers. Bunga-bunga tu sepatutnya nak letak 3, tapi sebab satu lagi warna ungu, jadi saya taknak letak. hee

Dah siap bunga dan tag tu, saya guna kayu pencucuk yang agak tinggi sikit dari cucuk sate. Beli dekat Mr. DIY Jusco Ayer Keroh dengan harga RM1.30 je. Dah lilit2 carnation tu, saya cucuk dkt foam (saya panggil span, tapi kena gelak dengan incik tunang sebab dia kata ingat span basuh pinggan ke.hu)

Ok, kalau ikut plan asalnya, bila dah jadi macam ni nak letak dalam gelas mama, then balut guna wrapper lah. Tapi bila balik rumah, kira2 balik gelas mama yang comel tu macam tak banyak pulak, yang banyak gelas yang tinggi2. Takpe la, taknak beli jar. Macam membazir pulak. Esok-esok nak geledah lagi gelas kecik tu mama letak kat mana :p

Jadi,
setakat ini saja perkembangan wedding preps yang saya dapat share. Next week nak pergi Nilai 3 dengan family (yeay! berjaya gak ajak dorang lps buat ayat sedih takde orang teman shopping brg kawen.ngee). Kalau ada tissue paper dan kain felt murah2, memang nak beli. Saya sukaaa d.i.y. artcraft. hehe

Ok ye,
semoga kita berjumpa lagi di next entry.

p/s: kalau baik hati doakan saya cepat sembuh. Saya tak suka demam, terbantut semua kerja (kecuali blogging) :(

Assalamualaikum,

Tata.






Sunday, December 25, 2011

Jalan-jalan cari penat

Alhamdulillah,
akhirnya sampai juga ke rumahku syurgaku di Perak ni.
Finally, after two tiring days, dapat juga berehat di rumah yang penuh dengan keheningan dan kedamaian. cewahh.

Btw,
bercerita tentang those two tiring days,
buat apa sampai penat macam tu sekali?

Firstly,
penat sebab kena travel sorang2 ke KL just after sampai di Shah Alam..dari Melaka. Sebabnya? Tiket bas nak balik kg sold out. sobss.
hui..
rasa nak tergolek la jugak. For the first time kena travel sorang2 naik LRT sampai ke Taman Cempaka, honestly saya sgt takut ok. Nasib baik sampai jugak ke rumah makcik saya yang sgt pemurah tu. huhu. (sampai2 terus melahap nasi tomato ayam masak merah. Tenkiuuu maknjang!)

Secondly,
keesokan hari nya, pusing Petaling Street cari The Basket Shop then pusing lagi Masjed Jamek survey bunga telur, barang2 hantaran dan material deco bilik. Nasib baik jugak boleh stay kat rumah makcik sehari, memang guna kesempatan yang ada buat tour KL tu dengan cousin dan bakal maid of honour saya. Kebetulan both of them pun nak keluar cari barang, jadi terus saya ajak diorang bawa saya jalan2 survey barang. hehe

Jadi,
yang paling penat sebenarnya adalah disebabkan berjalan2 pusing KL dari tengahari hingga ke malam tu. Kami ke kedai The Basket Shop dulu mula2. Itu je matlamat nak keluar sebenarnya. Jadi kami naik LRT turun di Plaza Rakyat. Malas nak drive sebab nanti kena cari parking. So, dari Plaza Rakyat tu, memang melilau la kami pusing2 cari kedai basket ni. Sampai macam dah penat pusing, akhirnya jumpa jugak UO yang jadi landmark dan haruslah jumpa The Basket Shop tu sendiri. ngehngeh. Gembira tak terkata ok bila jumpa kedai ni. Tapi bila masuk baru teringat pitih tak ada pun, jadi boleh beli sikit je dulu buat sample nak bawa balik kampung. Kalau parents proceed baru datang balik beli banyak2. Oh ye, sekarang Basket Shop ni tengah buat sales if uols beli 50pcs above dapat diskaun 10%. ;)

* Bagi saya, turun dekat Pasar Seni lagi dekat nak sampai ke basket Shop tu. Turun Pasar Seni je ambil kanan if i'm not mistaken, cross jalan sikit, nampak UO then belok kanan. Then kedai tu sebelah kiri kita.

Jadi ni lah sedikit hasil yang sempat dirembat dari The Basket Shop tu,

16" paper lantern with flowery hole
14" light pink paper lantern
12" fuchsia paper lantern
10" white paper lantern

+ box rotan cik maid of honour

*gambar diambil di Masjed Jamek. Gambar kat kedai basket m.o.h. x bagi lagi.huhu

so, inilah warna-warna yang akan dibeli lagi kemudian nanti. Even cousin advised ambil warna peach satu, saya taknak. Saya nak pink banyak2 jugak. Tak kisah lah kan, janji keharmonian warna itu ada. heehee

Then,
saya ajak kesayangan dua orang tu survey kain lace untuk baju resepsi. Masuk Euro Moda, jumpa yang berkenan di hati dan lagi murah dari harga di Melaka. Tapi tulah, sayangnya hari itu adalah hari untuk survey sahaja..dan kerana kebetulan ada di KL. So tak boleh beli on the spot T_T . Okay, marked.

Lace passed.
Saya ajak kesayangans ke Semua House pulak. Saja nak tgk2 sebab orang kata banyak barang kahwin murah2 kat sini. Masuk2 je rasa macam dah pernah masuk sebelum ni.. dengan member UITM masa study dulu. haha. Memang la tak pandang lagi kedai2 jual barang kahwin masa tu. huhu.. Masuk Yin Riben, jumpa lah bunga telur yang nak disurvey. Not bad jugak, sebab dapat small pink rose punya bunga dengan harga RM0.60/piece. Lepas tu tak larat nak jalan dah.

Bunga telur passed. Pastu baru teringat nak cari Butik Bak. Tempah baju nikah kat Melaka, tapi main boutique dia kt KL. Ingat nak discuss buat dress resepsi. Yang sadisnya cari2 tak jumpa..huhu..tak pelah, passed lagi.

On the way nak keluar Semua House tu, cik cousin dah jumpa kasut yang dia nak beli pulak. (dah jumpa ke or baru terjumpa?hehee). Dan tiba-tiba ternampak benda yang memang dalam list saya nk cari, tafsir Al-Quran yang cantik siap dengan box lagi. Tapi tak teringat nak snap satu dua gambar sebab quite penat masa tu. hu. So if any of you yang nak cari tafsir/Al-Quran yang cover dia mcm ada glitter2 sikit, try tgk kat Semua House ni ya. Or if you guys ada tahu kat tempat lain yang jual tafsir jenis macam tu, share2 lah ye. Sebab masa tu pun stok quite limited.

Ok, finally keluar jugak dari Semua House tu.
Then cousin belanja mamam KFC (tqvm tika! ^^). Lepas tu, singgah kedai Syarikat Bunga Reben Sdn. Bhd., sebelah kedai kasut princess. Kenapa saya masuk sini? hehe.. Nak cari kain felt untuk buat deco bilik nanti. Dan kebetulan jumpa sekali payung lace yang pernah saya sebutkan di entri ini. Harga pun lebih kurang macam order online. Kain felt pun murah kat situ, semeter dapat rm7.80 sahaja okay. Siap ada jual alphabet sekali, button ,clips dan lain2 lah. Nak pergi tengok sendiri ye. he

Jadi,
habis cerita dua hari yang memenatkan itu.
Sekarang saya nak berehat sepuas-puasnya.
Dan nak teruskan usaha pujuk parents teman cari barang-barang kahwin. tak aci tengok orang lain shopping barang kahwin mostly ada family teman. Saya cari barang sorang-sorang je, encik tunang pun kadang2 je free. sobss (Touching la pulak tiba2 uhuu) *tapi kadang2 best sebab boleh belek lama2.kekeke

Okay lovelies,
kepenatan sudah sampai ke tahap maksimum. Hari ni kembali kepada niat asal saya blogging, sebab nak bagi senang tido bila dah penat sangat. huhu

Kalau ada yang nak share2 dan exchange tempat2 yang best untuk shopping barang kahwin ni, silakan ya.

Till the next entry,

Good Night.

Assalamualaikum.


* saya rindu encik tunang saya (-,-)

Monday, December 12, 2011

Another list checked :D

Alhamdulillah,

selesai satu lagi bab utk berkahwin ni. Lega sgt dapat buat HIV test ni dalam sehari. Sehari. Yerp, no appointment made, cuma kena berjln sikit ke JAIM sebab taktau kena ada borang hijau baru boleh proceed HIV test untuk nikah.

Saya dengan encik tunang ke Klinik Kesihatan Ayer Keroh dalam jam 11.++ pagi, dtg2 terus tanya nk buat HIV test. Selepas diberitahu kena ambil borang hijau dari jabatan agama (negeri lain mungkin kaler lain), kami pun berlari2 la kejap ke JAIM depan Poslaju tu. Kami dimaklumkan yang HIV test di klinik Ayer Keroh tu hanya dibuat pada waktu petang, dari jam 2 ke jam 4 petang.

Then after lunch, bergerak la blk ke klinik tersebut (rase2 mcm poliklinik sbb besar jugak). Sampai2 je kena isi lagi borang+s, then tunggu la kejap dlm bebrapa minit. Tgh2 syok dok layan cik tunang men game kt tabby die, tup2 no. giliran kami dah tiba. Sekejap je. Ada sesi kaunseling sikit, then ujian darah, tunggu 15 minit..tadaa! dah siap! ^^

Bagus jugak klinik kesihatan ni ada makmal (lab) sendiri untuk ujian darah tu. Ada orang kat klinik tu kata, yang buat lambat kena appointment tu sbb kt tmpt tu x ade lab sendiri, n certain tempat maybe uols kena puasa malam before nk buat ujian darah tu..sebabnya mungkin sampel tu dihantar ke lab dan mengambil masa beberapa hari ( ok saya bkn bdk sains. doktor2 sila bg reason why :p)

Dah settle HIV test. Alhamdulillah. Dlm perjalanan balik ke rumah, TIBA2 terperasan ada kedai ROMANTIKA la pulakkk tepi jalan sederet dgn KK Home Deco. Whyyy laa sblm ni tak pernah perasan..padehal dah duduk Melaka ni almost 6 months. huhu. Jadi? Jadi esok mmg saya nak gi survey laa jwbnya :D (dan juga hantar baju ke tailor, lupa pulak -,-'')

Ok, sekarang just tunggu borang cik tunang settle, pastu pass kat abah..pastu dah boleh kawin.

hehehehehhehe

Gatai.


Ok b2b Melaka, if uols belum buat lagi HIV test, yg mana dekat2 ayer keroh boleh la proceed ke klinik ni ok. Dekat Peringgit pun kena buat appointment tau. Lps buat test tu alang2 ajak la cik abe uols cuci mata ke sopping ke kt Romantika or KK. heee

Waiting for the next update, yang mana saya pun tak tau nak start mana dulu.

(Yeay dpt sponsor doorgift dan menu special dari pakcik dan abg sedara! Terharuu T_T )

Thursday, December 8, 2011

Solemnization & Reception Dais


Yeay, yeay and yeay!
Alhamdulillah,
dah settle bab pelamin nikah dan resepsi dengan Rozita Beauty & Bridal.

Saya sukaaa!

Thanks to kak Ita sebab pelamin panel dengan langsir selang seli (yang mama suka) tu not available on my date, jadi dapatlah dais yang sangat saya suka (setelah penat memujuk dan meyakinkan mama) untuk majlis bulan 3 nanti. hehehe

Ni rupa bakal dais untuk nikah dan resepsi nanti:


Simple je kan? tapi saya suka. Jadi tak kiraa orang nak kata apa. ngee. Tapi yang penting mama, abah, adik dan encik tunang suka. Kalau diorang tak suka saya tak boleh nak hepi. huhu

Dapat je confirm dais ni, memang tak kira dah match ke tak dengan baju nanti. Sebab baju resepsi kaler light peach nak naik pink. Kena dgn lighting rasa2 boleh je masuk kot. hehe. (hati masih berbunga2 sebab dpt dais ni).

Yang ni saya ambil dengan vendor di Teluk Intan, Perak. Bagi sesiapa yang dah survey sekitar T.I, harga pelamin di butik yang satu ni memang sgt berpatutan nak dibandingkan dengan butik2 yang lain. Dress2 dia mmg saya sgt suka, tp tak ambil, sebab harga sama dgn kos saya buat sendiri baju nikah dan resepsi. Tu jelah. yang lain boleh kata saya sukaaa ^^ .

B2B area T.I, Tapah dan sekitarnya, kalau you all nak berkreatif dgn harga yang berpatutan, boleh jenguk2 butik Rozita Beauty & Bridal, satu baris dengan kedai p.a. system dpn terminal bas bandar baru tu.

Ok, skrg saya nak verangan sambil tersenyum.

hehehehehehehe

Wednesday, December 7, 2011

Kisah Jakel dan kami berdua.


Iye, ini kisah kami bertiga. Jakel, saya dan dia.

Hari ni turun je Shah Alam terus ajak dia ke Jakel untuk beli kain nak buat baju nikah dan resepsi. Jadi sampai je kt Jakel tu, terus menonong naik tingkat 3 untuk cari kain lace dan sebagainya. Biasa lah kan, bila dah nampak byk sgt kain, jd lost itu normal. Maka saya dan dia pun round2 tgk kaler kain lining dulu. Then pusing2 tgk kain lace. Then pusing2 lagi tgk2. Dan pusing. Dan pusing. Penat ni tunggu kakak Jakel dtg tanya kt kami. Aii kak, kami nak beli ni, xkan xde sorang pun nk entertain? Ok fine. Dalam sejarah Jakel ok saya dtg jurujual Jakel buat dek je. Siap duduk2 tersengih2 lagi. Hamboi. Tak apa, saya datang approached sorang kakak ni.

'' Kak, kain yang tu ni tu ni tu kat mana? Kata ada pakej tu ni tu ni tu macam mana?''

''Yang tu semua kat sana. Eh adik, datang sorang je ke? Takde orang layan lagi ke?"

''Datang berlapan kak,tgk belakang saya ni beratur haa (ckp dlm hati)."

Geleng kepala.

Barulah nak entertain customer yang datang berdua aje ni.

Bila tgk keliling, amboi patutlah, yg dtg semua dgn mak ayah adik kakak dan designer bagai. Sampai 2 3 orang jurujual nak melayan. Amek kau.

(ni kenapa nk emo ni?isk2)

Maap lah ye. Sekadar berkongsi cerita. Pengajarannya? Fikir2lah sendiri :)

Dan bermula lah sesi pilih memilih kami.

Memang takde mood langsung nak snap sana snap sini. Yelah, mood shopping pada asalnya telah tamat tarikh luput (ingat roti ke?).

Dapatlah beli kain pasang untuk nikah saya dan dia. Light champagne. Kakak tu kata. Whatever, janji dia suka pakai dan saya suka (walaupun saya naaak sgt kaler dusty rose. Ok fine -,- )

Round lagi dan round, beli kain untuk persalinan nikah. Light peach (manaa kaler pink niiiiiii :( ). Then cari lace untuk dress. Cantik. Harga pun cantik. RM600 untuk 2 meter. Tak apa, teruskan pencarian di Mayasilk nanti. Jawapannya hold dulu kain rm600. Sayang duit. Huhu

Ok, sampai tahap mmg betul tak ada mood. Semua benda saya pegang kakak tu kata cantik. (Ate ko nak kawin ke aku?) isk2. Bagila saya buat pilihan. Sampin kaler pisang kena cat waterkaler kuning pun dia kata lawa. Sungguh not my kaler -,-''

Jadi,

balik la dengan satu set persalinan saya dan dia untuk nikah, dan satu set untuk persalinan resepsi. Veil? Lace? Nanti cari. Mayasilk punya service lagi best. Knpa Jakel punya service mcm tu? Rasa mcm xnak masuk lagi dah lps ni. keluar-keluar terus naik kereta balik Melaka. Melaka lagi bestttt.

Semua gara-gara mood excited shopping saya telah dirosakkan hari ini. Urgh.

Lain kali saya nak bawak datuk pakcik makcik sedara sepapat abang adik kakak kalau kena pergi Jakel lagi pasni. Agak2 terlayan tak dorang?

Jadi,

inilah hasil pencarian hari ini.


Dah tu balik termenung. Apsal beli ikut suka. Sebab design asal dah lari. Nasib baik designer adalah diri sendiri. Jadi kalau kena marah pun diri sendiri yang kena. huu. Tak apa tak apa, lepas ni sketch laa balik design ikut kain yang dah beli. Patut kain ikut design. (Geleng kepala lagi.ish2). Nasib baik material untuk resepsi tak lari. Lega..

Maka, berakhir lah kisah pencarian realiti pertama dalam episod wedding preps ini.

Coming up next:

Tak tahu lagi. (Banyaknyaa benda nak kena buat rupa2nya). Huhuhu

Nanti ada angin ada cerita saya taip lagi.

Sekarang nak fikir untuk kerja yang menimbun esok dan minggu ini.

Pixie Studio, lucky you I love you so much :D

Jadi, saya takkan merungut macam saya merungut kat Jakel hari ni.

Jumpa lagi.

Selamat malam


Friday, November 4, 2011

The Chubbiniez and The Wedding Preps part 3


Kan? dah kata suka sgt menconteng. Pantang nampak kertas dgn pensil adik atas meja, mesti rembat je. hu. Hari ni langsung tak boleh nak buat kerja sebab masuk jam 8 dan dan tu tak sihat. Tak best betul. Jadi lepas tidur (selepas bangun pagi), I buat la sketches ni untuk menghilangkan kebosanan. Tau tau, tak payah cakap pun dah tau sketches tak perfect. hu. Tak apa, lepas ni I lukis hari-hari ya encik Cunslah. hehe.

Memula dok menconteng-conteng dress. Ada yang I ambil inspiration dari google pic then I alter-alter ikut suka. he he. Pardon me. I'm not a fashion designer at all. Cuma nak jadi fashion designer untuk diri sendiri, jadi lukis-lukis, tersuka pula design yang ada line dot-dot tu. Yang untuk solemnization tu, I suka sebab simple, kind of mermaid cut but not really. From my research, I rasa macam tak berapa sesuai nak pakai mermaid cut sebab ikut body figures yang tak berapa nak hourglass. Silap-silap haribulan dah jadi pear shaped kot sekarang. hu hu. Jadi to play safe, I draw ala-ala mermaid cut but it's a modern kurung actually.

Dress dalam dotted line kedua tu pula, suka sebab dress tu empire cut. I totally adore empire cut wedding dress. hu. If you notice, dress ni sekali pandang macam lebih kurang Adriani Adnan punya, but if I x silap dia buat princess cut, yg mana lower dress tu agak kembang. Jadi yang ni I alter jadi empire cut, dan bahagian depan tu nak jadi macam .. langsir? eh, bukan. Sorry tak tau nak explain. hu

But then, I teringat ada satu design yang sangat menarik kat bahagian atas dress. Cuma baju tu dibuat baju kurung. Jadi I alter lagi (mmg suka alter ikut suka hati) jadikan ala-ala empire cut lagi, dan kemudian ini lah hasilnya.


♥♥♥

Ok, secara rasminya design ini telah dimasukkan ke dalam list no 1 wedding dress design saya. Sekarang tengah fikir nak guna material apa. Before this ada buat research, utk wedding dress yang menggunakan pastel dan spring colours, tak berapa sesuai jika menggunakan fabrik yang shiny, seperti satin. Satin pun ada banyak jenis. Jadi, memandangkan I am not a fashion designer, kalau you all ada cadangan nak guna fabric apa, boleh la share dgn budak baru belajar ni (budak lagi ke?hu) ^^ . Dan I nak sangat tahu jenis-jenis fabrik di bawah ni sesuai untuk dibuat apa dan digabung dengan apa dalam konteks wedding dress ni:

- Satin
- Taffeta
- Chiffon
- Organza

Oh, dan juga fabrik untuk veil:

- Tulle
- Net

Kalau ada you all yang pernah d.i.y. wedding dress guna fabrik di atas, meh share ye. Saya budak baru belajar plus malas membaca. hee. Jadi I suka guna kaedah sharing is caring :D

Ok, sampai sini sahaja dulu. InsyaAllah ada waktu dan kelapangan I akan conteng lagi kertas adik yang nak SPM tu. hee

Dan kepada encik Cunslah, sila review artwork saya pada hari ini.

Plus,

I miss you ^^ <--- (utk encik Cunslah)



Till the next entry,

Assalamualaikum,

Daa.


psst, perasan tak kualiti pics sketches ni lg ok dr first pic yg I sketch sebelum ni?
Terima kasih ya kpd printer HP Deskjet 1050 yg membolehkan I scan kertas A4 ni. Semalam punya pic guna cam bb je.hu (Apa pekdah la dipromot printer ni,bukan dpt komisen pun). K bai.

Tuesday, October 18, 2011

Perak B2B anyone?

Assalamualaikum dear lovely B2B, semoga sihat-sihat selalu lah hendaknya ya.

Entri kali ini dibuat khas bagi mencari rakan-rakan B2B yang bakal melangsungkan majlis di Perak. Ate, teman nama je dok Melaka, tapi majlis nanti buat kat Perak juga rumah family.

Jadi, teman nak minta cadangan dan pendapat kome2 yang ada atau pernah ambil wedding planner sekitar kawasan Teluk Intan dan Langkap. Baru-baru ni balik ada la jugak survey2 dekat butik SAM di Teluk Intan, overall ok, tapi dress2 nya takde yang berapa berkenan lah. huu. U olls ambil wedding planner / butik mana ya kalau area2 tu? share-share la ngan awak ni. Sharing kan is caring ^^ (maap ye bahasa Perak teman broken sikit)

Ok, dah alang-alang buat entri nie, teman pun nak menambah la sekali kenalan dgn Perak B2B ni (negeri lain pun boleee) . Boleh exchange link sekali ye dak? Kalau ada kome yang dah letak link teman tu, tinggalkan link kome dekat komen ye, takut teman terlepas pandang nanti. hehe

Teman sgt mengalu-alukan cadangan dan pendapat kome ok. Tengkyuberimac in advance! =)


p/s: entri kali ni memang nak buat dlm bm, sbb nak terai guna Bahasa Perak teman yang x seberapa tu :p

Saturday, October 15, 2011

Wedding Preps Part 2

Today,

I've been thinking of palettes and themes for my wedding.

And alhamdulillah i've set my wedding date early next year. Will announce to save the date once everything is confirmed :)

So here's some palette inspirations that crossed my mind and found during searches since a past few days:


I don't precisely know what is the exact palette for the pics above, but what i surely know is that i want the pink - cream/ivory - champagne palette. Since my fiance hardly refused to suit up in pink (or at least a little pink) attire, i've made up some other options to dress in ivory (i hope it's ivory) as below,

Picture credit to Rai BitBitterButter

or maybe in champagne like these bridesmaids wore.

So where's the pink go?
The maid of honour + bridesmaid and the best man :)
Since the honoured would have the pink, thus i'm planning to get my family dressed up in darker colour of my wedding dress.
And hopefully to get the table and tent decors in those palette. Really hope to.

As i browsed through the wedding accessories,
i've found the lace umbrella which is too sweet and match up with my wedding concept : Modern Vintage meets Traditional Melayu (considering my major wedding guests and also the environment - sawah padi you). So here goes the umbrella.

sweet isn't it?
Found at artsywedding and crafio.

Do you still remember my previous post regarding brown paper bag?
Well, seems like they have a new substitute, or could be a complement.

The decorated cookies jar! Sweet! ^^
I've checked 'em out through many sites, but recently on Klikshah Enterprise.

There's still loads of things to be jotted down, but considering i'm not 24/7 working on my wedding preps, i'll put the others on the next entry and time.

If you guys have any idea or recommendation, feel free to jot it down here okay ;)

Till the next entry, Assalamualaikum and good nite.







Saturday, October 8, 2011

Wedding Preps Part 1

This, is really an exciting entry for me. I can't even wait to pull everything together and because of that, my wedding preparations entries will be written part by part, according to the current preps.

Today is a fairytale (part 1).

I finally got a ring that i've been dreaming for a long long time. All thanks to my fiance for giving me the chance to choose the wedding ring i adore. I can't even express my feeling clearly once he bought me one. I felt like crying inside, for him having me precisely what i wanted and he totally loved it too. All i could say is thank you very much with love fiance

As the moment passed, i realized that we are stepping nearer to the date. And still, we got loads to do. The date? Will reveal it soon once we got everything pull in order. But at least until today, we've checked one item off the list
:) Oh, speaking about the list, i actually didn't make any proper list at all. I don't even choose my theme and colour yet. So, i decided to list some of them here and would beautifully welcome your comments, especially from those ex-B2Bs and B2Bs.

1) Guest Lists
2) Wedding theme & colours
3) Quote for
: wedding package
: catering
: tailoring
: wedding gifts
4) Wedding Card
5) Hantaran
6) Kursus Kahwin
7) Complementary forms and things

So far, this is the list i've been thinking of. Well, i'm sure lot of you B2Bs out there have kind of different list. Would you mind to share some with me?

Until today, i've requested some quotations from paper bag supplier. I know i know, i should think of the theme and colors first, but this, is just too attractive to my
eyes. I found the pillow paper bag from artchetak.

Sweet rite? ^^

I've been obsessed with brown plain paper bag and white doily. They're just awesome! And i'd love to d.i.y. things myself. But to be more cost saving, i searched for some other plain paper bag, kinda like this,

credit to adriani adnan for the last picture above

Oh, and the creative box above is so inspiring, so i put it together in the list. hee. The goreng pisang paper bag is really a cost savvy and pretty, but looks like i need more effort to make it appears cute and pretty as the picture shown. huhu

Some of my friend suggested Nilai 3 for wedding shopping. What say you? Can i found the last brown paper bag over there? Or did you guys know some of retail or wholesale stores selling things like this? I knew one at The Garden, but surely to be costly so that would be a definite no no no. Please please pleeease share with me if you guys know where to search the plain brown paper bags okay? =)

Until the next preparation done, i'll see you later in the next wedding preps part 2. It's Sunday guys, time to lazy-ing around and eat and sleep much. hehe

Salam B2B from me to all B2Bs out there. May our preps be in order okay :)

Assalamualaikum. Daa