Showing posts with label art sketches. Show all posts
Showing posts with label art sketches. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Sketches again

My art.
My passion.
My sketches.

Learning in progress:
Human anatomy
Lines
Hands
Clothes folds

Passion in progress:
Fashion design


^^

Friday, November 4, 2011

The Chubbiniez and The Wedding Preps part 3


Kan? dah kata suka sgt menconteng. Pantang nampak kertas dgn pensil adik atas meja, mesti rembat je. hu. Hari ni langsung tak boleh nak buat kerja sebab masuk jam 8 dan dan tu tak sihat. Tak best betul. Jadi lepas tidur (selepas bangun pagi), I buat la sketches ni untuk menghilangkan kebosanan. Tau tau, tak payah cakap pun dah tau sketches tak perfect. hu. Tak apa, lepas ni I lukis hari-hari ya encik Cunslah. hehe.

Memula dok menconteng-conteng dress. Ada yang I ambil inspiration dari google pic then I alter-alter ikut suka. he he. Pardon me. I'm not a fashion designer at all. Cuma nak jadi fashion designer untuk diri sendiri, jadi lukis-lukis, tersuka pula design yang ada line dot-dot tu. Yang untuk solemnization tu, I suka sebab simple, kind of mermaid cut but not really. From my research, I rasa macam tak berapa sesuai nak pakai mermaid cut sebab ikut body figures yang tak berapa nak hourglass. Silap-silap haribulan dah jadi pear shaped kot sekarang. hu hu. Jadi to play safe, I draw ala-ala mermaid cut but it's a modern kurung actually.

Dress dalam dotted line kedua tu pula, suka sebab dress tu empire cut. I totally adore empire cut wedding dress. hu. If you notice, dress ni sekali pandang macam lebih kurang Adriani Adnan punya, but if I x silap dia buat princess cut, yg mana lower dress tu agak kembang. Jadi yang ni I alter jadi empire cut, dan bahagian depan tu nak jadi macam .. langsir? eh, bukan. Sorry tak tau nak explain. hu

But then, I teringat ada satu design yang sangat menarik kat bahagian atas dress. Cuma baju tu dibuat baju kurung. Jadi I alter lagi (mmg suka alter ikut suka hati) jadikan ala-ala empire cut lagi, dan kemudian ini lah hasilnya.


♥♥♥

Ok, secara rasminya design ini telah dimasukkan ke dalam list no 1 wedding dress design saya. Sekarang tengah fikir nak guna material apa. Before this ada buat research, utk wedding dress yang menggunakan pastel dan spring colours, tak berapa sesuai jika menggunakan fabrik yang shiny, seperti satin. Satin pun ada banyak jenis. Jadi, memandangkan I am not a fashion designer, kalau you all ada cadangan nak guna fabric apa, boleh la share dgn budak baru belajar ni (budak lagi ke?hu) ^^ . Dan I nak sangat tahu jenis-jenis fabrik di bawah ni sesuai untuk dibuat apa dan digabung dengan apa dalam konteks wedding dress ni:

- Satin
- Taffeta
- Chiffon
- Organza

Oh, dan juga fabrik untuk veil:

- Tulle
- Net

Kalau ada you all yang pernah d.i.y. wedding dress guna fabrik di atas, meh share ye. Saya budak baru belajar plus malas membaca. hee. Jadi I suka guna kaedah sharing is caring :D

Ok, sampai sini sahaja dulu. InsyaAllah ada waktu dan kelapangan I akan conteng lagi kertas adik yang nak SPM tu. hee

Dan kepada encik Cunslah, sila review artwork saya pada hari ini.

Plus,

I miss you ^^ <--- (utk encik Cunslah)



Till the next entry,

Assalamualaikum,

Daa.


psst, perasan tak kualiti pics sketches ni lg ok dr first pic yg I sketch sebelum ni?
Terima kasih ya kpd printer HP Deskjet 1050 yg membolehkan I scan kertas A4 ni. Semalam punya pic guna cam bb je.hu (Apa pekdah la dipromot printer ni,bukan dpt komisen pun). K bai.

Thursday, November 3, 2011

Model tembam-tembam a.k.a. The Chubbiniez


Okay, I admit entri kali ini adalah entri untuk berangan menjadi fashion designer. he he. Sila abaikan segala ketidaksempurnaan figures model di atas. I don't really mind at all. I just love to draw and draw, and make a fancy dress (still dalam proses merealisasi imaginasi :D).

Sebenarnya saja suka-suka sketch untuk dapatkan inspiration wedding dress masa kursus kahwin baru-baru ni. But at last, I dapat satu benchmark model yang I nak lukis in the future. Sebelum ni rojak je lukis, dan macam biasa la, model semua kurus-kurus. konon.

Tapi bila fikir-fikir balik, orang tembam-tembam pun comel juga apa. Jadi I start skecth model tembam2. Expression muka model pula I ambil inspiration dari watak Portia. Kenal tak? Tengok cerita Barbie in a princess charm school (kan dah kantoi suka tengok cerita Barbie). hehe. Biarlah kan, I suka. Janji puas hati dapat draw apa yang difikirkan. Jadi untuk sekarang ni, I nak draw banyak2 model tembam-tembam dengan wedding dress. Manalah tau sesuai dan boleh pakai untuk majlis sebenar nanti kan. hehe

Okay, rasanya ini sahaja untuk kali ni. Nak kena menuntut ilmu lagi dengan Mr Pixie (encik tunang) tentang anatomi manusia ni. Oh ya, just for sharing, kalau you all nak start lukis manusia saja-saja, make sure full figures model tu boleh dipenuhi dengan 6 kepala model you tu. Itu kira antara basic anatomi for normal figures lah ya.

Selamat mencuba bagi yang baru berjinak-jinak nak melukis dan selamat berkongsi ilmu kepada you all yang memang dah pro. Sila abaikan kualiti line sketches saya, saya budak baru belajar yang degil. eh. yang suka lukis ikut imaginasi sendiri. hehe

Ok guys, jumpa lagi di lain entri.

Daa.