Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Tempat kedua pertandingan hias web Utusan

Assalamualaikum & hi readers.

Kali ni I nak buat special dedication untuk seorang ahli dan juga bapa kepada Pixie Studio, Mr Pixie (a.k.a Mr. Cunslah / Axiim) di atas kemenangan beliau mendapat tempat kedua dalam pertandingan menghias laman web yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia.

Walaupun agak terlewat untuk review kemenangan ini, tapi I tetap nak buat sebagai tanda penghargaan kepada Mr Pixe yang sangat bekerja keras dalam memastikan Pixie Studio sentiasa maju ke hadapan :)

So here it goes,

'' Tempat kedua untuk kategori menghias laman web dimenangi oleh Abdul Azim Abdul Halim dari Ayer Keroh, Melaka menerusi laman webnya Pixie Studio (www.pixiestudio.com.my) yang membolehkannya membawa pulang wang tunai RM2,000. ''

dipetik dari laman Utusan Malaysia Online.

Dari 400+ penyertaan yang dihantar, alhamdulillah Pixie Studio berjaya memikat juri dengan hasil kreativiti Mr Pixie yang sangat I adore untuk sekian lamanya. Alhamdulillah sgt2. Bersyukur walaupun design blog yang I buat sehari sebelum tarikh tutup penyertaan tu tak dipaparkan, tetap berpuas hati sebab Mr Pixie punya web design dapat kemenangan tu.

If you all perasan, I pernah buat entri tentang contest Utusan sebelum ni. Tapi I uploadkan juga lah screen shot design website Pixie Studio yang dihantar tempoh hari:


Jadi, entri kali ni adalah untuk membakar semangat staf-staf Pixie yang lain, dan juga entri khas penghargaan untuk Mr Pixie ^^

You are the best.

Semoga Pixie Studio terus maju melangkah arus perniagaan.

:)



Love,
Ms Pixie a.k.a AnizPolkaDot




Tuesday, October 25, 2011

Contest lagi

Salam and hi guys,
Selamat Hari Deepavali bagi rakyat Malaysia yang menyambutnya ok.

Memandangkan hari ni cuti am, jadi ada lah masa untuk berehat-rehat sambil curi masa buat entri ni. Selama 3 hari yang lepas, I dok main contest EC Open House anjuran TM. Kenapa? Sebab grand prize dia Ipad2 lah (actually tak lah minat sgt, nak dapat sbb nak trade in dgn Galaxy Tab :D). Kalau you all kaki game, sila lah join contest ni sebab tak susah mana pun nak dibandingkan dengan game Halls Shockville (dah lepas) yang tembak2 tu.

Jadi di sini I share kan how to play and how to win and what the prizes:

1) Like fb fanpage Everyone Connects
2) Guna EC Open House app. Mcm biasa kena allow la dulu kan.
3) Then, play game. Ha ni cara-caranya:
- Pergi dekat stove dan masak. My tips, masak Potato Curry sbb yg tu plg byk experience.
- Then you kena beli furniture. Jgn kedekut nak beli ok, sbb bila org visit dan makan you
dapat 10% experience daripada harga furniture tu.
4) Visit house dan makan makanan yang diorang masak untuk dapatkan $10 credit.
5) Nak dapatkan exp. and credit dgn cepat, senang je. Invite friends you all utk join skali. Each
accepted invite will earn you 50 exp & 50 credit. Senang kan?
6) Main lah day & nite kalau betul2 nak menang :p

Perasan tak i banyak mention pasal experience? Sebab game ni yang penting kena collect experience sebanyak yang boleh. Macam ni ye, dia ada 3 peringkat.

Bronze : 5000 - 9999
Silver : 10000 - 29999
Gold : 30000 above

dan saya baru dekat silver lagi.haih -,-

Hadiah-hadiah nya pun ikut tier ni. Nak tau hadiah apa, kena la gi main sendiri yer. hehe. Tak susah pun game ni even I tengok byk yang merungut susah nak collect exp., but if you all biasa main game, it shouldn't be a problem lah,trust me ;)

So ni I share sikit macamana ke ghupenye game ni:

sila abaikan credit yang tak seberapa tu. sobsob

Jadi kepada you guys yang kaki contest and game, jom sertai cepat2 ek. Sebab contest ni tak lama, kalau x silap akan berakhir 13 November (kalau x silap, kalau silap sori yer. Maknanya sila cek sendiri t&c nya.hehe)

Ok, itu saja untuk kali ni. Till we meet again and good luck guys!

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia Malaysians!

Selamat menyambut Hari Malaysia dan sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 hari ni kawan-kawan. Sure ramai yang cuti hari ni kan?haruslah,public holiday kot. Tp yang bestnya ada juga yg still kerja, sbb dpt double payment for salary kalau kerja masa public holiday ni.

Sempena sambutan kemerdekaan ke 54 tahun ni, i just joined peraduan hias web/blog Utusan Malaysia under Pixie Studio. Yelah, nk hias personal blog n nk hantar utk contest mcm agak segan,sbb content pn x byk lagi and malas nak hias-hias for contest ni.hehe.Tapi disebabkan big boss suruh join, maka i pun dgn bersemangatnya lah buat design dalam masa sehari (i'm kinda of the last minute person) sebelum tarikh tutup peraduan tu. Punyalah last minute punya kerja, jadi hasil nya pun harap maaflah kalau tak seberapa gempak big boss punya.hehe.Plus, i have very little knowledge in design,esp in adobe Ps. So mmg main potong sana potong sini lah nk siapkan design tu (tp still guna basic yg big boss ajar hehe). Oh ya, untuk menjawab tanda tanya you all, memang i kerja dgn design & multimedia business, tp the core things yg i buat bkn design, but accounting actually.Tapi disebabkan minat punya pasal, maka melekat lah i dgn big boss i tu :)

So here's the screenshot for my entry in the contest, tgk2 pagi ni Utusan x publish lagi (hopefully masih diterima) screenshot yg i hantar.


Did you notice the obvious typo i made dkt post title tu? Adooila, tu la risiko kerja last minute. Thanks to my big boss sbb perasan and betulkan sekali typo dkt blog tu.Mintak ampun byk2 . Harap2 diz typo won't make me disquallified. Haha. Mana la tau kan.

My boss awal2 lagi dh hantar dia punya screenshot ke Utusan. Taula mmg terer design kan. Tak apa tak apa, we'll see boss (berani you ckp dgn big boss mcm tu?) :D So i upload kan jugak boss punya screenshot. Sila jgn compare dgn i punya sbb i tau dia punya mmg lagi lawa. Just tgk diam2 ok? =)


Sebab tu i ckp jgn compare, now u see kan?hehe. Ok lah, since hari ni public holiday, i nak ajak my boss jalan2 cari prospek (kerja lagi, x reti2 nak cuti ke?) sekitar bandar Melaka. Nak buat macam mana, kalau dah nama usahawan dan bekerja sendiri tu, cuti tak cuti sentiasa akan ingat pasal nk luaskan pasaran dan strategic planning (kdg2 dlm bathroom pn jadi, time tu laa idea paling byk dtg). Tapi yang penting hari ni nak rileks2 sikit sambil bekerja. Baru lah rasa feel public holiday tu :p

Selamat bercuti dan selamat beristirehat bersama yang tersayang. Manfaatkan cuti yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Dan jangan lupa hargai segala pencapaian Malaysia sehingga hari ni, juga kekalkan kemerdekaan Malaysia dengan sepenuh hati. Mana kita nak pergi kalau Malaysia tak merdeka?Jadi, sayangi dan cintai lah negara kita ok? :)

Sekian entri utk hari ini, jumpa lagi nanti!