Showing posts with label table tag. Show all posts
Showing posts with label table tag. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Cubaan membuat table tag

Hi semua,
apa khabar uols hari ni?
memandangkan hari ni saya demam,
jadi masa saya yang terluang dengan berehat hari ni saya guna kan untuk membuat entri singkat ini..

cubaan membuat table tag,

sendiri :D

Jadi kat sini saya uploadkan beberapa gambar cubaan tersebut:

* saje fokuskan warna pd bunga sahaja (nomei tak? ^^)

So,
bercerita tentang table tag ni, asalnya saya nak buat untuk meja makan beradab sahaja since at first saya diberitahu meja guests adalah meja panjang. Rumah saya halaman kecik je, jadi memula memang at first parents discussed macam tu. Then tiba2 parents kata guna meja bulat. So, tiba2 rasa macam nak buat untuk semua. haha..tamak. Tapi abah kata karang dapat kat budak-budak abes tergolek.. Ganas sgtkah budak-budak zaman sekarang ni ye? tehee

Jadi sebab belum buat final decision lagi,
maka saya just cuba-cuba buat template & testing dulu.

Saya adjust balik template bracket tu di Photoshop, then duplicate layer jadi 6 layers. Maka terhasil lah 6 bracket kat satu kertas A4 tu. Saya memang plan nak buat tag yang bertulis ' Selamat Menjamu Selera', sebab nak bagi tetamu-tetamu makan dengan lagi berselera. kekeke. Dah siap print, adik la yang jadi tukang guntingnya, sebab kakak dia sibuk dok buat carnation tissue flowers. Bunga-bunga tu sepatutnya nak letak 3, tapi sebab satu lagi warna ungu, jadi saya taknak letak. hee

Dah siap bunga dan tag tu, saya guna kayu pencucuk yang agak tinggi sikit dari cucuk sate. Beli dekat Mr. DIY Jusco Ayer Keroh dengan harga RM1.30 je. Dah lilit2 carnation tu, saya cucuk dkt foam (saya panggil span, tapi kena gelak dengan incik tunang sebab dia kata ingat span basuh pinggan ke.hu)

Ok, kalau ikut plan asalnya, bila dah jadi macam ni nak letak dalam gelas mama, then balut guna wrapper lah. Tapi bila balik rumah, kira2 balik gelas mama yang comel tu macam tak banyak pulak, yang banyak gelas yang tinggi2. Takpe la, taknak beli jar. Macam membazir pulak. Esok-esok nak geledah lagi gelas kecik tu mama letak kat mana :p

Jadi,
setakat ini saja perkembangan wedding preps yang saya dapat share. Next week nak pergi Nilai 3 dengan family (yeay! berjaya gak ajak dorang lps buat ayat sedih takde orang teman shopping brg kawen.ngee). Kalau ada tissue paper dan kain felt murah2, memang nak beli. Saya sukaaa d.i.y. artcraft. hehe

Ok ye,
semoga kita berjumpa lagi di next entry.

p/s: kalau baik hati doakan saya cepat sembuh. Saya tak suka demam, terbantut semua kerja (kecuali blogging) :(

Assalamualaikum,

Tata.