Tuesday, January 17, 2012

Tentang design, grafik dan multimedia

Hi semua.
Untuk entri kali ni anis nak mengupas sedikit isu-isu di sebalik design, grafik dan multimedia. Memandangkan anis sendiri berada di dalam bidang industri kreatif ini, jadi anis rasa terpanggil untuk membuat satu entri untuk memberi pemahaman kepada semua tentang tajuk kali ini.

Ramai yang kata,
kalau nak tempah design graphic designer selalu bagi harga mahal. Even RM15, pun orang dah kata mahal. Tahukah anda bukan senang nak menghasilkan idea dan kesukaran membuat design itu sendiri? Ditambah dengan perisian yang sudah tentunya berharga ribuan ringgit (melainkan designer yang memakai perisian cetak rompak), sudah tentu lah harga bagi perkhidmatan mereka ini perlu dinilai pada satu kadar yang sesuai dengan hasil kerja mereka.

Contohnya di sekeliling kita hari ini,
pernah tak anda dengar atau hadapi situasi ini di mana anda inginkan design yang cantik-cantik untuk dicetak, nak minta buat macam-macam pada si designer tadi tetapi bila minta bayar dengan kadar bayaran RM15, pun dah mengeluh mahal? Keadaan ini lah yang anis rasa sangat tak patut dan menjatuhkan designer2 kita.

Melihat situasi di atas sebagai seorang graduan perakaunan, anis yang pada mulanya tiada asas dalam grafik dan design pun tidak merasakan harga permulaan serendah RM15 itu adalah mahal. Sekarang, apabila sudah terlibat secara langsung di dalam industri design & multimedia, anis merasakan harga sebegitu adalah sangat affordable untuk pelanggan bayar (lagi2 pelanggan yang banyak songeh, bayar ciput bunyi lebih).

Jadi untuk anda semua, hargailah mereka yang berusaha keras untuk menjaga pasaran seni ini.
Anis tak nak karya-karya designer ini dianggap murah, karya jalanan dan boleh diambil menjadi hak sendiri sesuka hati. Sebagaimana anda tidak suka pasaran kerja anda diganggu, begitu juga lah dengan designer2 ini, mereka juga berhak menentukan harga bagi karya-karya mereka.

Secara ringkasnya, setiap harga yang ditawarkan itu ada sebab dan pengiraannya, dan juga kerana kualiti yang ingin disampaikan kepada pelanggan.

Masih rasa mahal lagi?
Ok sila lah buat sendiri ^^ (tapi bila dah pandai janganlah letak harga yang boleh menjatuhkan pasaran pula ya).
Baru kita tahu susah senang nya membuat suatu design yang kita angankan. Ok, setakat ini dahulu yang anis nak share dengan anda semua. Harap entri kali ini dapat membuka mata anda tentang hasil seni designer2 kita di Malaysia.

(anis sebenarnya plg kagum dgn pencipta lagu dan designer, sbb diorang ni mampu menzahirkan ilustrasi mereka kepada realiti. kalau akaun belajar2 dapat la kan?tapi orang yg banyak idea bg anis adalah ohsem ^^ )

6 comments:

  1. heheh..tq bw blog miza..=) design hanya perlu imagination yunk..hehehe...

    ReplyDelete
  2. ur wc dear..
    yup btul tu, tp utk menzahirkan imagination tu dengan cantik dan deliver dengan kualiti yg bagus tak berapa senang dear.
    sbb anis dah lalui pengalaman tu..seorang akauntan merangkak2 buat design.hehe..encik tunang pun designer, jadi nampak susah senang nya kat situ..
    org yg tak buat kerja design betul2 mungkin belum lalui pengalaman tu lagi kut..hee

    ReplyDelete
  3. betul2 semua org blh berimaginasi ke bulan, tp tak semua leh buat roket ke bulan. hehehe

    ReplyDelete
  4. sape la yg kate rm15 tuh mahal anis? kite sgt salute pd org yg bergelar designer.. bukan senang nk menzahirkan imaginasi.. kalau semua org bole buat mcm tuh, semua org bole jd designer.. betol x? nmpk je mcm mudah, tp bile nak buat, baru tawu bnde tuh x semudah mcm yg difikirkan.. :)

    ReplyDelete
  5. Dira: mmg x boleh diterima kan kalau kata rm15 tu mahal. isk3..
    anis sndri pernah nmpak org dok komplen2 rege cmtu mhl.huhu..
    bg dorang mungkin design ni sekadar conteng2 je kot, tu yg dorang rasa mahal.

    ReplyDelete
  6. "bayar ciput, bunyi lebih" LOLLLL

    ReplyDelete