Wednesday, January 11, 2012

Paper Rosette tutorial

Salam girls (and guys),
petang-petang ni best kan kalau makan goreng pisang dengan air teh..(apesal lari topik sgt ni).hu..
Okay, sebenarnya anis baru je habis buat dua lagi paper rosette tadi. Sebab dah petang kan, otak pun dah penat nak fikir pasal keje. Jadi alang-alang dah buat tu, anis buat sekali tutorial macam mana nak buat paper rosette ni ye. Kot2 uols saje2 nak try or nak d.i.y utk wedding uols, bole la cuba tutorial versi anis ni ye. hee

Jom kita mula ..

1. beli / guna balik kertas pembalut hadiah. Kertas warna pun boleh.


2. gunting kertas kpd 4 bahagian (ikut sazi yang uols suka). Lepas tu start lipat macam nak buat kipas. saiz ni anis gunting lagi tgh2 sbb bila dah gam nanti, senang dapat dua rosette terus.


3. disebabkan anis xde score board, guna belakang gunting je la nak kemaskan folds kipas tadi.

4. habis buat folds, gam kan hujung lipatan kipas tu ye. Make sure penghujung lipatan tu satu ke atas dan satu ke bawah.


5. perasan tak kipas ni dah pendek? sbb anis potong dua dari yang asal tadi. kalau panjang sgt nanti rosette tu x boleh kembang. So, diri kan kipas yg uols dah buat tadi.


6. cari penjuru tengah kertas sambil kembangkan bahagian bawah kertas tu. Then tekan perlahan-lahan kertas supaya jatuh flat ke bawah. (tekan guna jari ye, vicks ni anis letak sbb x cukup tgn nak amek gamba :p)


7. Tadaa! Da jadi rupa paper rosette! (^.^)/


8. Jangan lupa lekatkan something di belakang rosette tu ye. anis guna kertas keras sikit n gunting ikut bekas vicks vaporub tu. lepas tu letak la double sided tape kalau nak tampal kat dinding, frame atau cermin. Kalau nak cucuk dgn pencucuk sate tu, just selotape je mcm anis buat kt entri bawah ni.


9. Dah siap! boleh hias ikut kreativiti masing2 ye. lepas buat ni anis rasa macam nak buat tag untuk meja vip lak masa wedding nanti. hehe. mcm best kan ^^

Ok, dah habis tutorial untuk paper rosette ni.

Selamat mencuba ya!


(agak2 ada tak yang nak order? haha ($.$) )



6 comments:

  1. tqberimac dear Rina Lia! jom diy rosette ni, sure cntik gak jd nnt :)

    ReplyDelete
  2. waniz.comel sangat! diy mmg best kan

    ReplyDelete
  3. best sgt! enjoy sgt bile tgk hasil yg kte dpt dari diy tu.hee..

    kak myn dulu scrapbooking kan klau x silap? sure lg byk diy benda comel2 mcm ni.hehe

    ReplyDelete
  4. comelnya awak buat sendiri ! T___T
    Pandai sungguh . Kalo la tangan pandai macam tu !
    Kite dah follow awaaaakkkk !!
    jom follow kite balik jom .
    ceritabakalpengantin.blogspot.com
    ^___^

    ReplyDelete
  5. Dell: tq dear =) try la buat slow2, sure comel bile da siap nnt.hee
    will folo u too ^^

    ReplyDelete