Sunday, May 12, 2013

Misi mendobi baju baby selesai! ^^


Dobi First Batch
Dobi Second Batch
Mitten & Booties Omey2
 Alhamdulillah, berjaya menghabiskan sesi mendobi baju baby dalam tempoh satu hari :D
Kalau ikutkan ada 3 round basuh baju baby dalam sehari tu (tapi yang 3rd batch punya tak snap picture sebab terlupa). Cepat kan? Dan tak penat sangat sebab guna washing machine. hehehe. Saye tak larat nak sental2 baju comel2 ni dalam besen. So basuh dalam net dan campak dalam machine seems to be the best solution for me. Spin pun sekejap je, tapi hasilnya memang sangat cepat kering bila jemur kat luar. hehe.

Anis basuh guna Pureen H-A-D botol kaler hijau tu. Bau masa mula2 bukak botol sangat tak bestt. Dah risau baju baby nanti bau gitu. Sekali bila masuk machine dan start basuh, alhamdulillah tak ada langsung bau yang tak best tu. Mungkin bau botol die je kot yang tak best?huhu. Tapi detergent tu still ada bau wangi masa basuh tu. Anis guna half cup je utk sekali basuh. Jadi untuk 3 kali basuh just guna satu setengah cup penuh je. Mak aii buih dia memang takyah cerita la, meriah gitu. So far not bad la Pureen H-A-D ni (kecuali bau memula buka penutup botol tu..quite bad for me).

Agak2 dari warna baju2 ni boleh teka dah ke baby boy ke girl? Kalau uols boleh teka memang terrer. Terrer lah. Anis sendiri pun tak tahu lagi boy ke girl sebab masa scan banyak kali baby ni main nyorok2. Comel anak mama ni ye..nak bagi suprise la tu. hehe. Tapi to be safe, anis beli baju yg mostly warna putih n cream. Baju warna biru n peach tu saja beli sbb rasanya x ada masalah kalau dpt baby girl, dia pakai biru. Tapi kalau dapat baby boy, pakai pink macam pelik pulak kan?hehe

Bila dah habis basuh baju dan lipat2 masuk dalam bag baby untuk ke hospital, rasa macam kena tambah lagi pulak baju2 si comel ni. Tapi tunggu la baby ni dah keluar nanti, boleh shopping best2 sikit ikut baju baby boy ke girl kan. Nanti tak ada la semua kaler putih, cream or pastel2 je.huhu

Okay,
dah selesai kerja dobi mendobi ni. Sekarang tinggal nak completekan bag baby & bag mama je.

Semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah.

Jumpa lagi :) 

Thursday, May 9, 2013

Latest Baby Stuff : Paraben Free Item

Yeay alhamdulillah,
 
hari ni managed to shop beberapa lagi barang keperluan baby. Berjaya jugak cari masa time orang tengah sibuk bekerja jam 10.30 pagi tadi untuk shopping barang2 baby kat tempat feveret, semestinya Aeon/Jusco. hehe. Suka shopping dekat Jusco sebab senang nak cari barang, semua ada, tak besar sangat (sekarang tak larat nak jalan jauh2), plus dapat point kott, n bila point sampai 2500pts boleh redeem baucar RM20. Ok la tu kan?
 
 
So hari ni dah dapat lengkapkan MamyPoko Newborn, Pureen HAD, Pureen baby wipes, diapers bag, travel set tilam baby, tambah2 sikit mitten & booties, baby towel & face towel, blanket dan beli beberapa set baju net (nenek & makcunye yang pilihkan hehe).
 
Kebanyakan daripada keperluan di atas M2B semua sure tahu kenapa perlu beli kan. Tapi Anis nak share sedikit info tentang beberapa item pembelian pada hari ini.
 
Pureen Baby Wipes
Kenapa beli yang ini? Anis concern tentang Paraben. Paraben according to my readings adalah bahan kimia yang banyak digunakan sebagai preservatives untuk memanjangkan tempoh hayat sesuatu produk. Bahayanya Paraben ni kerana ia boleh menyerupai hormon estrogen wanita, yang mana boleh menyebabkan breast cancer.  Paraben ni boleh meresap melalui kulit. But forgive me I'm not a medical student, jadi  jika  nak tahu lebih lanjut kena tanya doktor atau orang yang sepatutnya ya. Walaupun tak tahu macam mana kaitannya secara detail Paraben dengan baby, bila dah diwar2kan dengan bahaya Paraben ni, kalau boleh tak nak ambil risiko untuk anak yang dikandung ni. Maka dengan itulah, baby wipes Pureen ini menjadi pilihan sebab dah tulis terang2 kat packaging tu Paraben free. (Kalau ada Paraben tersembunyi jugak siap kau Pureen.huhu)
 
Pureen H-A-D
Ok this one saye tak pasti ada any type of Paraben or not. Try google tapi tak berapa clear resultnya. Or maybe saye tak pandai cari?huh.. Btw niat asal memang nak beli Pureen A-B-D (Anti Bacterial Detergent), tapi bila baca2 balik info BabyCenter advise better beli yg HAD (without mentioning Pureen brand), Anis decided beli H-A-D (Hypo Allergenic Detergent) sebab first time nak pakaikan baju kat baby nanti tak tahu skin reaction baby macam mana. A-B-D memang ramai review best sebab wangi, tapi I'm just worried baby skin tak serasi dengan detergent yang ada softener. So kena tengok condition baby skin dulu macam mana. Kalau bukan kategori sensitive skin, baru tukar ke Pureen A-B-D.
 
MamyPoko
Yang ini kalau ikutkan tak ada justifikasi jelas kenapa nak beli brand ni. Tapi macam biasalah, Google sangat memainkan salah satu peranan penting dalam menentukan keputusan pembelian. Banyak review bagus, tak bocor (or maybe depends on baby), dan banyak lagi lah. Jadi MamyPoko telah menjadi pilihan utama saye untuk cubaan pertama memberi baby tercinta memakai disposable diapers. Tahniah MamyPoko. Kau tak best aku tukar. heh.
 
Yang lain-lain Anis rasa tak perlu cerita lah kot. Semua dah sedia maklum beli bag, baju, dan lain2 tu untuk apa. hehe (ni bukan entri pemalas, tapi entri rasa tak perlu lah nak tulis semua :p)
 
Ok, lepas ni nak sambung cari baby stuff yang bebas dari Paraben. Toilettries Buds Organics. Lupakan seketika Burt's Bees disebabkan harga premiumnya (tapi rasanya majoriti produk semulajadi ni memang guna harga premium kot). Since masa survey2 hari tu harga premium Buds Organics adalah lebih munasabah dari Burt's Bees, mungkin Anis akan beli toilettries Buds Organics instead of Burt's Bees (Burt's Bees boleh beli lip balm je untuk mommynye :p).
 
Rasanya sampai sini dulu review untuk hari ini. Esok nak start dobi baju baby (bestnya bestnyaaa ^^).  Nanti Anis review bau Pureen H-A-D tu cemana okey.
 
Akhir kata carilah produk yang bebas Paraben. Sayangi diri anda dan insan tersayang.
 
Jumpa lagi =)


Monday, April 29, 2013

Final trimester of my pregnancy =)

Alhamdulillah,

genap hari ni dah masuk 31 weeks of pregnancy. Kalau nak flash back from early pregnancy, first trimester memang sangat best sebab tak kena alahan yang teruk. Just dapat rasa loya2, takleh bau bawang, daun sup & saderi (until now), dan juga bau tumis. Masuk second trimester, everything went back to normal except that bau2an tu. Makan dan boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi bila dah nak akhir second trimester tu, tiba2 dapat ruam merah2 dekat area tangan & lengan. Seksa ok T_T . Mula2 husband tolong sapu minyak. Tau minyak apa?minyak gamat ok. huhu. Ye tauu minyak gamat tak boleh. Tapi mana nak tau masa tu. sobsob. Nasib baik ada kwn2 group share tips guna Calamine Lotion. Ambil masa dalam sebulan lebih jugak la nak reda ruam tu. Bila consult doc. kata alahan seafood & telur plus hormonal change masa pregnancy. But it's manageable. Mama kena macam2 tak apa, yang penting baby kat dalam sihat :)

Masa end of second trimester tu juga, mama baby ni sempat join kelas antenatal dekat KK Ayer Keroh. Banyak juga ilmu dapat dari segi senaman during pregnancy, teknik pernafasan yg betul dan juga cara push yang betul semasa bersalin nanti. But I'll give a detail review on that later on ye. Yang paling best masa kelas antenatal tu, org yg handle kelas tu adalah rakan group mommy2 jugak. hehe. Kalau Hani baca entri ni sila angkat tangan ye ^^

Oh ye, baru teringat masa end of second trimester jugak kena masuk ward sebab bleeding. Alhamdulillah it's just outer bleeding, yang mana doc kata sebab lasak sangat. Tak tahu la lasak tang mana tapi memang diakui  saye ni memang tak reti duduk diam dan suka jalan sana sini. Kena drip, speculum lagi. Huish, memang menangis dah masa tu T_T. Tapi bila fikir2 balik tu belum sakit nak bersalin lagi, jadi mampu jugak la tersenyum masa tu.. Nasib baik dapat discharged hari kedua tu, tu pun lepas mintak kat doc nak discharge sebab boring sangat duduk dalam wad tu. 

Jadi,

 apa yang dah ready sehingga hari ni?

Baru beli baju baby. Kalau kira balik apa je yang mama ngn baba dia dah beli, baru dapat:

1 - Onesie : Newborn 1 piece
2- Long sleeve pyjamas : 1 set
3 - Short sleeve shirt + seluar pendek : 1 set
4 - Short sleeve rompers : 2 pieces
5 - Mitten & Booties : 2 set
6 - Topi bebear comel ada telinga : 1 pc

Dan?

Dan itu je baru beli. Rilek brader sungguh. hehe.Beli sikit2 sebabnya mama dah tak larat nak berdiri shopping lama2. Lepas tu kalau dah sampai satu tempat tak banyak pulak yang berkenan. Nak beli online untuk anakanda kesayangan ni rasa macam tak berapa nak best pulak sebab tak boleh nak rasa material. Kalau untuk mama dia memang redah je. hee. Jadi kita shopping sikit2 lah ye.

Walaupun baru beberapa helai je baru beli, tapi semangat nak mendobi baju baby tu saaaangaatttt tinggi okay. Misi lepas ni kalau gi shopping nak cari liquid detergent baby Pureen A-B-D tu. Sebab? Baca review ramai cakap best, bau wangi. hehe

Ok lah. Since tak banyak lagi benda yang dibeli, mama anis ni tak berapa rajin sangat nak ambil gambar dan upload ke blog. Nanti time mendobi tu insyaAllah nak ambil gambar sebab macam best bila ada gambar kenangan basuh baju baby yang kiut miut tu. hehehe.

Jumpa lagi di lain hari ye.

Assalamualaikum.

*dah lost contact dengan rakan2 blogger sebab lama sangat tak update blog T_T




Saturday, February 2, 2013

Baby Stuff List : Burt's Bees

Assalamualaikum readers. 

I'd like to share (and to make a reminder list for myself too) about what I've been searching for my baby's essentials throughout my second trimester. 

Inspired by Dr. Halina's post on her Barelysupermommy, I'd like to share about Burt's Bees website www.burtsbees.com.my

The baby care product that I wish to buy: 

1. Baby Bee Diaper Ointment 
It is 100% Natural. Yeay! 

This nappy ointment is specially formulated to soothe and comfort baby's precious skin. And yes, this is totally gonna be in my purchase list for the little one.

or maybe this?

2. Baby Bee Multipurpose Oitnment

And this is also 100% Natural ^^

Can be applied to your whole baby's skin. And also to the diaper area. That's why it's named multipurpose. Jimat jugak kan? hehe

Can't wait for a few months ahead to start collecting my baby's stuff. If any of you have been using these two products, lets share the review on how they worked to your babies, okay? Sharing is caring rite mommies? =)

I'll save the next list for my next post : Tommy Tippee vs Avent bottles.

Until then, 

See you again =)

Assalamualaikum.

Tuesday, November 27, 2012

My Very Wonderful Journey Begins

Alhamdulillah,

selepas beberapa ketika menempuh alam berumahtangga pada tahun ini, Allah S.W.T. telah mengurniakan kami husband & wife anugerah yang sungguh berharga untuk dijaga..I am 8 weeks pregnant right now, syukur :)

Back to the early pregnancy days, I didn't expect masa tu dah pregnant. Siap buat kerja berat lagi hohoi~ angkat tanah and polybeg semua. After habis buat kerja berat je tiba2 rasa perut cramp for a minute, then dah ok. After period delayed for 3 days, buat upt test and alhamdulillah dapat positive result.


It was a faint line early in the morning. Tengahari keesokan hari nya buat pregnancy confirmation di klinik private dan alhamdulillah double line keluar jugak walaupun tenghari buta tu. Lepas tu memang teruja ok. Keluar je klinik call Mama and MIL bagitahu good news tu. Masa tu rasa macam nak bagitahu satu dunia lah yg kita ni dah preggy. Tapi nasib baik I sedar diri ni bukan retis sangat ye. Jadi hanya share keterujaan tu di facebook sahaja. Tak sangka pulak status dapat like sampai 100 likes. Bajet sungguh. hehe  :p

Beberapa hari lepas confirm dengan klinik tersebut, I went to Poliklinik Ayer Keroh untuk buat buku pink. Ada kawan2 advise kata no need buat awal2. But fyi, nurse kat kk tu kata it's good that you came early untuk buat buku pink. Memang sangat digalakkan ok. Masa first appointment ni diorang akan ambil sample urine, blood (3 small bottles), berat badan, tekanan darah dll. Jadi kepada sesiapa yang dah confirm preggy, sila lah pergi buat buku pink ye. Jangan delay2. Lagi pun kalau buat awal kita akan dapat early advise yang sangat bagus untuk pregnancy dari segi pemakanan dll. So boleh take note untuk rancang jadual pemakanan dll yang perlu untuk pertumbuhan baby dalam perut kita yg comel tu nanti ye.

So,

sehingga lah hari ini, baru dapat buat first baby scan di kk Ayer Keroh tu sebab masa first appointment tu baru 4 weeks +. Nak scan pun tak nampak lagi katanya. Jadi hari ni dengan bersemangatnya pagi2 pergi ke kk tersebut. Macam biasa prosedur bermula dengan sample urine, ambil darah sikit kat hujung jari, timbang berat dan cek tekanan darah. Alhamdulillah semuanya ok except tang timbang berat tu. Berat boleh sama pulak dengan berat masa first apointment dulu. Nasib baik reason loya tu adalah reasonable untuk berat tak naik. huu.. Tapi yang bestnya HB cantik..13.8. Sebelum ni dengar kawan2 ckp je psl hb. Padehal masa nurse cakap pasal hb tu noob gila. Nasib baik tanya hb tu untuk apa. Rupa2 nya untuk tengok tahap kepekatan hemoglobin..Ate manela teman tau. huhu. Oh ye, fyi tahap hb yang baik untuk ibu mengandung bermula dengan 11 ke atas ye. Nurse tu la bagitau. Kalau salah gi salahkan dia, don't blame me. hehe

Jadi ni nak share gambar first scan hari ni,

kecomelan sungguh :')
Thank you Allah. It's the greatest thing yang saya pernah dapat dalam hidup saya :')

Masa scan ni baby dah 8 weeks to 9 weeks. Rasa macam cepat je masa berlalu. Untuk next scan appointment, bulan seterusnya adalah April 2013. 2013? Tahun depan tu doc..!I nak tengok baby banyak2 kali dalam perut ni. huhu.. Memang ke private la nanti nak scan. Boleh je kan? hehe

Ok, setakat ini sahaja perkembangan terbaru tentang mommy to be ini. Memandangkan susu anmum materna yang sedap pun dah habis diminum, sampai lah masa untuk tidurkan diri sendiri. hehe

Thanks for spending your time here. Segala kebaikan adalah untuk dikongsi bersama. Semoga bertemu lagi di kisah seterusnya, Assalamualaikum.

Salam ibu mengandung dari AnizPolkaDot :D

Monday, June 18, 2012

First post sebagai Mrs.

It's been a loooonggg time since my last post here kat blog ni. So sorry kepada kawan2 B2B yang ada minta anis review about wedding anis last 3 months, really tak sempat sbb keutamaan selepas kahwin terus berubah kepada encik hasben (n.n) 
 
Jadi untuk menghilangkan sawang-sawang kat blog anis ni, ni anis letak sikit gambar-gambar dari wedding belah anis n wedding belah husband.

Gambar dari atas : Majlis Pernikahan, Majlis Resepsi dan Majlis Bertandang.

Sekarang ni review pasal majlis rasa macam dah nak terlambat sangat la pulak kan. Jadi tengok gambar pun jadi la ye (n.n)
 
Sejak-sejak dah jadi wifey ni, hobi lama yang baru nak jadi hobi sepenuh masa adalah memasak, dan baking. hehe. Lepas ni takde dah nak cerita pasal wedding preps sebab semua dah lepas. Jadi hobi terbaru sekarang di kala masa lapang adalah menjenguk2 blog masakan mommy2 out there yg sgt hebat dalam sharing recipe.
 
Ni di antara salah satu hasil yg berjaya dibuat untuk percubaan pertama kalinye:
 

Puding jagung + kuah koktail
(resipi dicuba dari internet jugak, tapi tak ingat kat mana)
 
Lepas ni silap-silap blog anis jadi blog resipi masakan pulak. huhu. Takpelah, nama pun blog untuk life journey kan. So passion pun kena berubah seiring dengan perubahan dalam hidup. hehe
 
Oh ye, perkembangan terbaru anis sekarang adalah duduk di studio opis yang dah beroperasi sepenuhnya di MITC Melaka. Bagi kenalan-kenalan anis yang stay area berdekatan, kalau rasa2 nak meet up boleh la roger anis ye. Kot2 la group M2B nak buat small gathering ke kan :p
 
Ok. ok. Dah rasa kekok sebab dah lama tak buat entri kat blog sebenarnya. Harap-harap lepas ni boleh exchange knowledge lagi terutama dgn ex B2Bs yang dah jadi wifey ngn mommy tu okay :)
 
Sekian dari Puan Anis,
 
tata ^^

Friday, March 16, 2012

Pink frame diy project

I've got a frame made from kayu kayan yg dijual kat kedai hardware. hehehe..sungguh hepi kerana apa yang dihajati tercapai. Oh and many thanks to my paksu & boyfie cik spupu kerana sudi tlg anis potong kayu n spray the frame. (anis cat undercoat je, sbb b2b xleh wat keje berat2.hehee)

So here goes my diy-ed frame :D


*cik sepupu & boyfie yg gigih

Ok, sekian saja update untuk kali ini. Esok2 anis update lagi sebab hari ni patut dah kena tido awal.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Jumpa lagi ^^